Wellbeing Webinar NADI Care_ Nak Turun Berat, Tapi Asyik Mengidam Kenali Punca dan Cara Mengawalnya W171
11 Ogos 2026 | Aktiviti TerkiniPada 11 Ogos 2026, telah berlangsung Wellbeing Webinar NADI Care_ Nak Turun Berat, Tapi Asyik Mengidam Kenali Punca dan Cara Mengawalnya. Webinar ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 10:30 pagi sehingga pukul 11:30 pagi. Tujuan Webinar ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.
Sepanjang Webinar ini berlangsung, perkongsian mengenai Diet daripada Puan Nurul ’Aqilah Binti Hassan Ashaari dari KK Skudai Baru. Puan Aqilah berkongsi mengenai cara untuk kita mengawal rasa craving dan cara untuk diet dengan betul iaitu dengan menjaga pemakanan seimbang. Selain itu, Puan Aqilah juga berkongsi mengenai tiga hormon utama yang mengawal selera makanan iaitu Grelin (Hormon Lapar), Kortisol (Hormon Tekanan) dan Leptin (Hormon Kenyang). Jika hendak turun berat badan dengan betul kena kawal ketiga-tiga hormon tersebut iaitu dengan menjaga tabiat pemakanan dan juga tidur harus mencukupi.
Dengan adanya webinar seperti ini, ianya dapat membantu peserta melakukan diet dengan cara yang betul Selain itu, dapat menggalakkan peserta mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan dan dapat membina hubungan baik diantara staf dan peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: